Cari @ Amanz

Sensor kamera daripada Sony model IMX adalah adalah sensor yang paling popular dalam arena telefon pintar. Ia mampu mengambil gambar dengan resolusi yang tinggi, menarik, cantik dan hebat. Tidak kira pada peranti mercu atau peranti kelas pertengahan, ada sahaja kelebihan masing-masing.

Terkini, Sony di China telah memperlihatkan sampel video dan imej dari sensor baharu – IMX686. Sensor ini masih belum dipasarkan kepada pengeluar peranti, ia masih lagi dalam uijian. Dalam sampel ini, Sony menyatakan mereka menggunakan modul khas untuk mengujinya. Daripada apa yang Sony kongsi, ia dilihat akan hadir dengan penstabilan imej yang lebih baik, sokongan seakan astrofotografi, rakaman gerak perlahan yang lancar dan warna yang menarik.

Ini belum lagi dipadankan dengan perisian yang lebih hebat atau cip pemprosesan yang mempunyai kuasa pemprosesan imej yang hebat. Secara keseluruhan, warnanya dan hasilnya nampak hebat belaka. Ia mungkin adalah sensor pesaing kepada sensor Xiaomi X Samsung 108MP. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd