Apple Arcade Kini Mempunyai 100 Permainan Untuk Dicuba

Apple Arcade Kini Mempunyai 100 Permainan Untuk Dicuba

Diterbitkan pada November 10, 2019 oleh .

Apple Arcade merupakan salah satu perkhidmatan langganan permainan yang disediakan oleh Apple, dimana pengguna hanya perlu membayar RM19.90 sebulan, dan menikmati akses kepada pelbagai permainan yang disediakan melaluinya.

Permainan berkenaan boleh dimainkan bukan hanya pada iPhone sahaja, tetapi turut boleh dimainkan pada iPad, Mac, dan juga Apple TV.

Apple Arcade

Menariknya, terkini, Apple telah menambah enam lagi permainan baru dibawah Apple Arcade, sekaligus menjadikan jumlah permainan yang ditawarkan melaluinya mencapai 100 buah permainan.

Angka ini boleh dikatakan suatu pencapaian yang baik untuk Apple – apatah lagi dengan permainan yang diterbitkan di Apple Arcade ini adalah eksklusif untuk platform berkenaan sahaja.

Bagi anda sendiri, adakah anda telah mencuba Apple Arcade? Apakah pendapat anda berkenaan perkhidmatan langganan daripada Apple ini?


TIPS & ULASAN