OnePlus 8 Pro Mungkin Hadir Dengan Penawaran Kadar Segar Semula Skrin Sehingga 120Hz

OnePlus 8 Pro Mungkin Hadir Dengan Penawaran Kadar Segar Semula Skrin Sehingga 120Hz

Diterbitkan pada November 10, 2019 oleh .

OnePlus baru sahaja telah melancarkan OnePlus 7T secara rasminya untuk pasaran tempatan, dan sejak daripada itu, desas-desus berkenaan dengan OnePlus 8 telah pun hadir ke arena web.

Terbaru, selain gambar peranti yang tertiris sebelum ini, kini hadir info baru mengatakan OnePlus akan menawarkan kadar segar semula skrin sehingga 120Hz pada peranti akan datang mereka.

Berkemungkinan kita akan melihat penawaran ini pada OnePlus 8 edisi Pro kelak.

Pihak OnePlus dijangka memperkenalkan siri terbaru mereka ini pada pertengahan pertama 2020 kelak. Namun, dengan kadar ketirisan berkenaan dengannya, berkemungkinan kita akan mendengar lebih banyak mengenainya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN