JomLaunch merupakan salah satu acara komuniti yang popular dan sering menyaksikan pelbagai produk dan idea baru dilancarkan melaluinya. Baru-baru ini, pada penghujung minggu lepas, acara JomLaunch 7 telah pun diadakan, memperlihatkan lebih 20 idea dan projek menarik dibentangkan para peserta.
JomLaunch 7 telah diadakan di MaGIC Cyberjaya, dan turut menerima sokongan daripada pihak Kementerian Pembangunan Ushawana. Berikut merupakan antara projek yang telah dibentangkan pada JomLaunch 7 pada tahun ini:
WeNiaga – Sistem pengurusan untuk perniagaan atas-talian bagi PKS.
RaudhahPay – Platform untuk menerima bayaran menggunakan perbankan atas-talian dan melalui kad.
Eceipt – Penyelesaian mudah untuk mencetak resit dengan lebih pendek, dan dihubungkan secara digital melalui penggunaan kod QR.
Low-Cost Network Attached Storage – Penyelesaian NAS untuk pengguna dengan kos rendah melalui penggunaan Raspberry Pi.
WinApp – Aplikasi permesejan yang turut mengintegrasikan kemudahan untuk membeli-belah dan ciri-ciri sosial yang lain.
iQMS – Sistem pengurusan nombor gilir di hospital yang digunakan di Hospital Ampang.
cHeart – Sistem pengurusan data kesihatan pengguna dengan penggunaan rantaian blok.
Critical Care Medical Device IOT – Sistem yang memudahkan pengurusan data daripada pelbagai peranti kesihatan dibawah satu dashboard.
ProjekIOT – Panel untuk pengurusan peranti berhubung dengan himpunan data masa-nyata.
DiAudit – Penyelesaian SaaS untuk audit sistem keselematan dan kebakaran.
Pandai – Aplikasi yang membantu pembelajaran secara interaktif.
Buku Interaktif Belajar Bahasa Isyarat – Buku interaktif berasaskan AR yang membantu pembelajaran bahasa isyarat untuk komunikasi.
BuKom – Buku interaktif komunikasi cakna autisma.
BM NLP – Perkhidmatan penawaran NLP untuk bahasa Melayu.
MakanBurger – Aplikasi yang memudahkan tempahan burger.
Nakride – Perkhidmatan menyewa dan memberi sewa motosikal.
POMEN – Aplikasi yang memudahkan tempahan pomen untuk kenderaan bermasalah.
DelyvaX – Sistem untuk pengurusan operasi logistik.
Throwkeys – Penawaran kunci pintar untuk pintu rumah.
- Layari : JomLaunch