SatPaq Mengubah Telefon Pintar Menjadi Telefon Satelit

SatPaq Mengubah Telefon Pintar Menjadi Telefon Satelit

Diterbitkan pada November 11, 2019 oleh .

Tahun lalu Thuraya X5-Touch dilancarkan sebagai telefon pintar satelit pertama di dunia. Bagi yang memerlukan sambungan ke rangkaian satelit yang lebih meluas berbanding selular, peranti ini sukar untuk dimiliki kerana jualan yang terhad. Oleh itu SatPaq telah dilancarkan sebagai aksesori tambahan yang memberikan sambungan ke rangkaian satelit pada kesemua telefon pintar di pasaran.

SatPaq yang seberat 113 gram ini ditambat secara bluetooth kepada peranti Android atau iOS. Tubuhnya berfungsi sebagai piring satelit yang membolehkan isyarat diterima dari hampir kesemua lokasi di dunia. Buat masa ini SatPaq hanya menyokong perkhidmatan penghantaran mesej dalam bentuk teks sahaja dan tiada perkhidmatan suara.

Pengguna perlu membayar $55 (~RM228) untuk pakej 150 mesej. Tiada bayaran bulanan dikenakan kerana SatPaq berfungsi selagi pengguna mempunyai kredit. Peranti ini sendiri dijual pada harga $249 (~RM1031) sebuah.



TIPS & ULASAN