Xiaomi CC9 Pro adalah peranti kelas pertengahan premium Xiaomi yang terbaru. Ia dijana dengan Snapdragon 730G, menggunakan skrin melengkung hiperboloid dan adalah peranti pertama dengan kamera 108MP. Harga peranti ini di China, dijual pada harga bermula dari RMB 2799 (6/128 GB) sehingga RMB 3499 (8/256 GB) – iaitu sekitar RM1659 – RM2070. Sedangkan peranti mercu mereka seperti Mi 9 (8/256 GB) dijual pada harga hanya sekitar RM1600.
Pan Jiutan, iaitu salah seorang orang penting di Xiaomi menjelaskan kenapa harga Mi CC9 Pro lebih mahal dari peranti mercu mereka yang lain. Menurut beliau, Mi CC9 Pro tidak memfokuskan kepada cip pemprosesan dan skrin. Kemudian sebab ia mahal adalah kos pembangunan lensa 108MP ini adalah tinggi. Lihat sahaja skor DXOMark, ia mencecah 121 yang mana setanding dengan Huawei Mate 30 Pro. Beliau turut mendakwa, jika pengguna pentingkan kamera – Mi CC9 Pro adalah peranti paling berbaloi untuk dimiliki yang harganya adalah bawah RMB 4000 (~RM2367).