Google Menguji Fungsi “Angkat Peranti Untuk Seru” Google Assistant

Google Menguji Fungsi “Angkat Peranti Untuk Seru” Google Assistant

Diterbitkan pada November 11, 2019 oleh .

Google Assistant pada Google Pixel 4 adalah Google Assistant yang serba baru. Ia agak unik dan tidak ada di peranti lain. Apabila ia diseru baik secara picit, sebut “Hey, Google”, atau juga kawalan gestur, antaramuka semi-lutsinar yang kemas, cantik dan menarik akan terpapar. Bukan itu sahaja, Google Assistant pada Pixel 4 juga menyokong perbualan bersambung pada Google Assistant, agar pengguna tidak perlu berulang kali menyebut “Hey, Google”.

Terkini dalam kemaskini aplikasi Google App versi 10.83, Google sedang menguji fungsi “angkat peranti untuk seru” Google Assistant. Seperti fungsi mengangkat peranti untuk hidupkan kunci skrin agar notifikasi boleh dilihat, fungsi ini adalah untuk terus memberi arahan kepada Google. Fungsi ini tidak ada masalah untuk diimplementasikan kerana, ia bergantung kepada sensor ambient. Kemudian fungsi ini berkemungkinan bergantung kepada sensor Soli (Motion Sense), kerana butiran yang Google katakan untuk fungsi ini adalah – angkat peranti dan halakan ke wajah pengguna untuk seru Google Assistant.

Buat masa ini, ia masih tidak pasti bila ia akan hadir kepada semua. Jika ia hadir dan menggunakan Motion Sense, pengguna di Malaysia patut lupakan sahaja, kerana Motion Sense tidak boleh digunakan di sini kecuali jika modifikasi telah dibuat.


TIPS & ULASAN