Apple sedia membuat pelaburan yang tinggi dalam arena realiti-gabungan (AR), dimana mereka telah mula mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri interaktif menarik pada iOS sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia juga selari dengan desas-desus mengatakan Apple bakal hadir dengan kaca mata pintar tersendiri tidak lama lagi.
Kini, lanjutan daripadanya, laporan baru daripada The Information, memetik mesyuarat dalaman di Apple baru-baru ini – berkongsi berkenaan dua produk baru berkaitan realiti-gabungan.
Ia dikatakan Apple menyasarkan pengenalan set kepala realiti-gabungan menjelang 2022 kelak, dan diikuti dengan kaca mata pintar realiti-gabungan menjelang 2023 kelak.
Buat masa ini, info penuh berkaitan dengannya masih samar-samar, dan ia juga dilihat agak berbeza dengan beberapa desas-desus mengatakan kita mungkin melihatnya seawal 2020 kelak. Namun, apa yang pasti, Apple mempunyai sejumlah pembangun yang bekerja disebalik projek ini – dan mungkin kita akan melihat ia lebih diterima ramai berbanding Google Glass sebelum ini.