Chrome Akan Memberikan Amaran Apabila Melayari Laman Sesawang Yang Perlahan

Chrome Akan Memberikan Amaran Apabila Melayari Laman Sesawang Yang Perlahan

Diterbitkan pada November 12, 2019 oleh .

Kali pertama saya menggunakan pelayar web ialah pada tahun 1994 di sebuah kafe siber di Johor Bahru. Pada waktu tersebut adalah normal untuk menunggu selama beberapa minit kerana proses pemuatan (loading) yang perlahan kerana menggunakan Internet 56kbps. Selepas 25 tahun, saya kini merasakan menanti selama dua saat untuk pemuatan laman sudah dianggap perlahan. Bagi pengguna Chrome, amaran akan mula dipaparkan pada skrin sekiranya laman yang ingin dilayari mempunyai masalah pemuatan perlahan.

Sejurus selepas laman diakses, Chrome akan memaparkan amaran dalam bentuk teks bahawa ia biasanya melakukan pemuatan perlahan. Pengguna kemudian boleh memilih untuk menanti sehingga keseluruhan laman dimuatkan pada pelayar. Amaran akan diberikan berdasarkan data pengguna lain yang pernah melayari laman yang sama dan juga kelajuan capaian Internet pada peranti itu sendiri.

Kedua Chrome akan menggunakan palang pemuatan (loading bar) berwarna hijau pada laman yang melakukan pemuatan pantas. Dengan kedua-dua fungsi ini, pengguna dapat melayari laman sesawang tanpa tertanya-tanya adalah capaian Internet mereka yang bermasalah ataupun laman yang sebenarnya tidak dioptimasikan.


TIPS & ULASAN