Honor 9X Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 21 November Ini
November 12, 2019
Huawei
Aman
Honor Malaysia hari ini telah mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Honor 9X secara rasminya pada 21 November 2019 kelak.

Honor 9X membawakan rekaan skrin menyeluruh, dilengkapi kamera pop-naik, dan menariknya, ia turut menyertakan sokongan Google Play Services bersama-sama dengannya. Peranti ini turut menggunakan kamera utama 48-megapixel, selain bateri 4000mAh bersama dengannya.
Harga jualan penuh untuk telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi dan bakal diumumkan secara rasminya pada 21 November ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.