Cari @ Amanz

Apple pada tahun ini telah memperkenalkan kemaskini kepada sejumlah keluarga iPad, dan kini menurut laporan terbaru daripada Bloomberg, ia diperkatakan Apple bakal memperkenalkan iPad Pro baru pada pertengahan pertama 2020 kelak.

iPad Pro baru ini dijangka akan hadir menyertakan dwi-kamera bersama dengannya, selain turut menyertakan sebuah sistem 3D bersama-sama dengan tablet terbaru berkenaan.

Sensor baru ini dijangka akan menawarkan pengalaman realiti-gabungan yang lebih baik bersama dengannya. Pada hari ini sendiri, boleh dikatakan Apple menerajui arena realiti-gabungan dengan penawaran pelbagai sokongan, aplikasi daripada pihak ketiga, dan peranti yang menyokongnya.

Sensor 3D ini juga dikatakan mungkin hadir pada iPhone 2020 kelak.

Laporan baru ini hadir selari dengan desas-desus mengatakan Apple bakal memperkenalkan kaca mata AR mereka seawal 2023 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd