Facebook Pay Diperkenalkan – Sistem Pembayaran Yang Boleh Digunakan Pada Facebook, WhatsApp Dan Instagram

Facebook Pay Diperkenalkan – Sistem Pembayaran Yang Boleh Digunakan Pada Facebook, WhatsApp Dan Instagram

Diterbitkan pada November 13, 2019 oleh .

Facebook hari ini membuat kejutan dan memperkenalkan perkhidmatan pembayaran mereka tersendiri, dinamakan sebagai Facebook Pay. Menariknya, sistem ini boleh digunakan pada pelbagai aplikasi dan perkhidmatan dibawah mereka, termasuk Facebook, Messenger, WhatsApp dan juga Instagram.

Dengan adanya Facebook Pay, ia sekaligus memudahkan pengguna membuat pembayaran, pembelian dan sebagainya antara aplikasi menggunakan info pembayaran yang sama. Untuk makluman, Facebook sedia membolehkan pengguna di Messenger menghantar wang, selain membolehkan pengguna membuat sumbangan dan derma di Facebook sendiri.

Facebook Pay

Buat masa ini, Facebook akan memperkenalkan Facebook Pay bermula di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Ia akan diperkenalkan pada Facebook dan Messenger, sebelum diperluaskan ke aplikasi WhatsApp dan Instagram.

Seperti perkhidmatan pembayaran lain, ia menyokong pelbagai kad kredit dan debit. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah penawaran ciri ini akan diperluaskan ke pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN