Cari @ Amanz

Apple telah diperkatakan bakal hadir dengan MacBook Pro bersaiz 16-inci sejak beberapa bulan yang lepas. Kini, laporan terbaru Bloomberg mengatakan yang mana Apple mungkin memperkenalkan seawal minggu ini.

MacBook

MacBook Pro baru ini dijangka akan berharga sama sekitar dengan model 15-inci pada hari ini – kerana ia dijangka akan menggantikan model 15-inci versi klasik sebelum ini.

Selain daripada penawaran skrin yang sedikit besar, model MacBook Pro baru ini juga dijangka akan menawarkan papan kekunci yang diberikan nafas baru.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan MacBook Pro dengan skrin 16-inci daripada Apple ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd