Carian
Semua Plaza Tol Tertutup PLUS Akan Menyokong TNG RFID Menjelang 1 April 2020
November 13, 2019 Aman

PLUS dan CIMB kini telah mengumumkan kerjasama, dimana kedua-dua pihak berhasrat untuk menawarkan lebih pilihan pembayaran untuk pengguna plaza TOL, sekaligus memudahkan lagi urusan pembayaran berkenaan.

Untuk permulaan, kedua-dua pihak akan menawarkan beberapa bentuk pembayaran tambahan – bermula dengan implementasi melalui tag TNG RFID.

TNG RFID merupakan sistem pembayaran baru yang diperkenalkan oleh Touch ’n Go, dimana sebuah pelekat yang dihubungkan ke dompet digital TNG dilekat pada kenderaan – dan penolakkan baki dilakukan secara automatik. Ini juga dilihat merupakan salah satu langkah awal sebelum implementasi plaza tol tanpa palang dilakukan pada masa hadapan.

Tol Touch n Go

Implementasi kaedah ini juga akan memudahkan lagi proses tambah-nilai dan pengurusan baki – memandangkan ia dihubugnkan ke dompet digital TNG yang ditawarkan di Android dan iOS.

PLUS mengatakan mereka akan memulakan ujian di 10 sistem plaza tol terbuka pada 1 Januari 2020 kelak, sebelum ia diperkenalkan di semua plaza tol tertutup menjelang 1 April 2020.

Untuk makluman, sistem plaza tol terbuka adalah dimana pengguna membuat pembayaran jumlah tol yang tetap, sementara sistem plaza tol tertutup adalah pembayaran jumlah tol berdasarkan jenis kenderaan dan jarak laluan.

Kelak, pengguna juga dikatakan boleh memautkan tag TNG RFID mereka kepada platform pembayaran lain – termasuk akaun bank, kad kredit dan juga kad debit, selain memautkan ia kepada dompet digital TNG.

Komen