Kuo – Apple Watch Series 6 Kelak Boleh Digunakan Oleh Penyelam Skuba

Kuo – Apple Watch Series 6 Kelak Boleh Digunakan Oleh Penyelam Skuba

Diterbitkan pada November 13, 2019 oleh .

Tahun ini perbezaan di antara Apple Watch Series 4 dan Series 5 hanya terletak pada teknologi skrin. Tiada perbezaan kuasa pemproses pada cip yang digunakan dan Ini adalah sedikit mengecewakan bagi mereka yang biasanya mahukan perubahan ketara dari generasi ke generasi. Semalam Ming-Chi Kuo, penganalisa terkemuka mengeluarkan ramalan beliau mengenai Apple Watch. Beliau percaya Apple Watch Series 6 akan akhirnya diberikan pemproses yang lebih berkuasa.

Apple WatchSelain itu Apple dipercayai akan menggunakan papan litar yang diperbuat daripada polimer kristal cecair (LCP) yang memberikan kemampuan selular serta WiFI yang lebih berkuasa. Peningkatan paling besar akan dilakukan pada kemampuan kalis air. Series 6 mungkin mempunyai ketahanan direndam sehingga kedalaman 50 meter. Ini membolehkannya digunakan oleh penyelam skuba atau perenang yang melakukan aktiviti lebih lasak.

Kesemua penambahbaikan ini pastinya akan meneguhkan lagi kedudukan Apple Watch sebagai jam tangan pintar paling hangat di pasaran, Menurut beberapa penganalisa, Apple Watch kini mempunyai pegangan melebihi 50% pasaran jam tangan pintar dunia.


TIPS & ULASAN