Aplikasi Facebook Di iOS Didapati Menggunakan Kamera Tanpa Disedari Pengguna

Aplikasi Facebook Di iOS Didapati Menggunakan Kamera Tanpa Disedari Pengguna

Diterbitkan pada November 13, 2019 oleh .

Adakah anda pengguna aplikasi Facebook pada peranti iOS. Sekiranya anda mungkin perlu menarik semula beberapa kebenaran yang diberikan kepada aplikasi ini kerana ia mungkin menimbulkan kerentanan privasi. Menurut laporan The Next Web, aplikasi Facebook didapati mengaktifkan kamera walaupun ketika pengguna sedang menatal susur masa.


Ini ditemui Joshua Maddux secara tidak sengaja ketika menggunakan aplikasi pada sebuah iPhone. Menurut beliau kamera hanya diakses pada peranti yang menggunakan iOS 13.2.2 tetapi tidak pada iOS 13.1.3atau iOS 12. Kamera hanya boleh diakses sekiranya pengguna memberikan kebenaran kepada kamera pada tetapan aplikasi. Ia juga nampaknya tidak ditemui pada aplikasi Android pada waktu ini.

Apa yang berlaku mungkin hanya sekadar pepijat tetapi ia memberikan implikasi yang besar anda boleh diintip. Pihak Facebook masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini. Sekiranya anda mungkin risau tentang diri anda diperhatikan, sila halang akses kamera untuk aplikasi Facebook pada peranti anda buat masa ini.


TIPS & ULASAN