Honor sering memperkenalkan telefon pintar mercu mereka pada penghujung tahun, dan kini pengeluar dari China berkenaan telah pun dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Honor V30.
Melalui gambar acah yang diperlihatkan, Honor menjadualkan pengenalan peranti ini pada 26 November kelak. Beberapa gambar acah turut memperlihatkan penggunaan dwi-kamera pada bahagian hadapan yang diletakkan pada bahagian skrin berlubang – lebih kurang seumpama pada Galaxy S10 Plus.
Selain daripada itu, peranti ini juga akan membawakan sokongan rangkaian 5G bersama-sama dengannya – sekaligus memberikan petanda yang mana ia akan dijana Kirin 990 terbaru.
Buat masa ini, ia hanya dijadualkan pengenalan di China sahaja, dan tidak diketahui lagi berkenaan bilakah ia akan dilancarkan untuk pasaran global.