Cari @ Amanz

Twitch sebelum ini telah pun hadir dengan perisian Twitch Studio bagi memudahkan para pengguna Twitch untuk membuat penyiaran atau penstriman permainan. Ketika pengenalannya tempoh hari, ia masih ditawarkan dalam bentuk beta tertutup, dan perkara berkenaan berubah hari ini.

Bermula hari ini, Twitch Studio ditawarkan dalam bentuk beta terbuka – sekaligus membolehkan semua pengguna seluruh dunia untuk memuat-turun dan mencubanya, serta menggunakannya dalam penstriman.

Twitch Studio

Dengan penawaran perisian ini, pengguna tidak lagi perlu bergantung untuk perisian ketiga – yang mana mungkin kadang-kala memerlukan pengguna mengeluarkan kos tambahan.

Buat masa ini, ia ditawarkan untuk PC, dimana ia menawarkan sejumlah template menarik, integrasi notifikasi dan sebagainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd