Tahun 2019 sudah hampir tamat. Banyak aplikasi, permua, e-buku dan filem dilancarkan pada tahun ini dan kebanyakannya boleh dibeli, disewa atau dimuat turun di Play Store secara percuma. Sebelum 2019 tamat, Google telah mengadakan acara “Play User’s Choice Award”, untuk pengguna Google Play mengundi aplikasi, permua, e-buku atau filem terbaik 2019 di Play Store.
Undian akan dibuka sehingga 25 November ini dan keputusan pemenang “The Users’ Choice” dan pilihan terbaik 2019 lain akan diumumkan pada 3 Disember 2019. Antara yang Google cadangkan adalah filem Marvel Studios’ Avengers: Endgame dan permua Mario Kart Tour. Atas percubaan sebentar tadi, undian ini hanya terhad di beberapa negara sahaja seperti Amerika Syarikat. Di Malaysia, laman undian di Play Store dilihat tidak terpapar.