IBM – Prestasi Kakitangan Yang Menggunakan macOS Adalah 22% Lebih Tinggi Berbanding Pengguna Windows

IBM – Prestasi Kakitangan Yang Menggunakan macOS Adalah 22% Lebih Tinggi Berbanding Pengguna Windows

Diterbitkan pada November 13, 2019 oleh .

Mac atau PC? Ini ialah persoalan yang yang menjadi jenaka siri iklan popular awal di awal milenium yang lalu. Pelbagai kelebihan komputer Mac berbanding PC diperlihatkan. Rata-rata menunjukkan pengguna Mac adalah lebih ranggi dan dapat melakukan tugasan dengan lebih baik. Ramai mengatakan iklan-iklan ini adalah sekadar propaganda Apple. Tetapi menurut kajian terkini oleh IBM, terdapat kebenaran di sebalik iklan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh IBM, kakitangan yang menggunakan komputer Mac mempunyai 22% kebarangkalian lebih tinggi untuk melepasi jangkaan prestasi berbanding pengguna PC apabila penilaian prestasi tahunan dilakukan. Mereka turut mempunyai 16% kebarangkalian lebih tinggi untuk melakukan jualan bernilai besar.

Kajian turut mendapati 200,000 peranti macOS hanya memerlukan tujuh jurutera bagi tujuan selenggara berbanding 20 jurutera untuk jumlah PC yang sama. Sungguhpun data menunjukkan terdapat kelebihan menggunakan komputer Mac berbanding PC, 60% peratus kakitangan IBM masih menggunakan komputer riba Windows, 30% menggunakan macOS dan 10% menggunakan Linux.


TIPS & ULASAN