OnePlus 7 Pro 5G adalah peranti OnePlus yang dilancarkan pada tahun ini dan ia hanya terhad di pasaran Eropah sahaja. OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro sudah pun menerima kemaskini OxygenOS 10 berasaskan Android 10, tetapi versi 5G sehingga hari ini masih belum menerima kemaskini ini lagi.
Pihak OnePlus baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan, yang OnePlus 7 Pro 5G hanya akan menerima kemaskini Android 10 pada tahun 2020. Disebabkan peranti 5G masih baru lagi, sistem operasi baharu sukar untuk dibangunkan. OnePlus mengatakan yang mereka memerlukan lebih masa untuk selami lebih dalam bagi memahami teknologi 5G. Kemdudian, pelbagai ujian, proses debugging, pengoptimasian perlu dilakukan dari segi perisian dan perkakasan. OnePlus juga perlu bekerjasama dengan Qualcomm dan syarikat telekomunikasi untuk menjayakan kemaskini ini.
Di sini jelas yang 5G masih belum bersedia untuk umum. Perisian pun sukar untuk dikemaskini, jika ada masalah serius – bagaimana tampalan sekuriti akan diberi? Sama-sama kita bersabar dan nantikan teknologi 5G lebih stabil barulah membeli peranti 5G.