Cari @ Amanz

Seagate Melancarkan Siri Storan SSD FireCuda Dengan Sokongan Untuk PCIe 4.0

Oleh Nazrin

Link Copied!

Pelancaran siri CPU AMD Ryzen generasi ketiga didatangi juga dengan beberapa teknologi baru yang bukan sahaja menarik, tetapi juga memperlihatkan sokongan untuk komponen-komponen dalaman yang akan digunakan secara meluas di masa akan datang.

Salah satu daripada teknologi tersebut ialah PCIe 4.0, teknologi penghantaran data yang jauh lebih pantas berbanding dengan generasi sebelum ini, sepantas 5GB/s. Sewaktu acara pelancaran CPU AMD Ryzen 3, hanya dua syarikat yang dilihat hadir dengan storan PCIE 4.0,, iaitu Corsair dan juga Gigabyte.

Terkini, Seagate dilihat telah melancarkan sebuah storan SSD dengan teknologi itu juga, yang dinamakan Seagate FireCuda 520. Storan tersebut hadir didalam rekaan M.2 2280 dengan pilihan storan bersaiz 500GB, 1TB dan 2TB.

Bersama-sama dengan storan FireCuda 520 ini, Seagate turut mengumumkan kehadiran aksesori FireCuda Gaming Dock, iaitu sebuah dermaga storan yang hadir dengan storan cakera keras sebesar 4TB, dan mempunyai ruang tambahan untuk storan SSD PCIe 3.0 M.2.

FireCuda Gaming Dock ini boleh disambungkan kepada komputer desktop ataupun komputer riba melalui palam Thunderbolt 3, dan bukan itu sahaja, dermaga tersebut juga hadir dengan palam-palam tambahan seperti palam RJ45 untuk kabel internet, palam 3.5mm untuk pembesar suara dan mikrofon dan palam USB 3.1 Type 2.

Storan Seagate FireCuda 520 sudah mula di beberapa pasaran terpilih pada harga-harga berikut:

  • Seagate FireCuda 520 (500GB): $124.99
  • Seagate FireCuda 520 (1TB): $249.99
  • Seagate FireCuda 520 (2TB): $429.99
  • Seagate FireCuda Gaming Dock: $349.99

Komen ()