Yahoo! merupakan salah satu gergasi internet yang popular suatu ketika dahulu, dan telah melalui pelbagai perubahan akhir-akhir ini dengan popularitinya yang merudum. Namun, di Jepun, populariti Yahoo! Japan masih tinggi, dan ia beroperasi sebagai sebuah entiti berasingan.
Terbaru, ia dilaporkan yang mana Yahoo! Japan dan perkhidmatan permesejan Line dilaporkan akan bergabung menjadi satu. Ini sekaligus akan membentuk sebuah syarikat gergasi yang meliputi pelbagai aspek, termasuk perkhidmatan kewangan, edagang dan sebagainya.
Pada hari ini, Softbank mempunyai pegangan pada Yahoo! Japan melalui syarikat Z Holdings, sementara Line pula merupakan milik salah satu portal web daripada Korea Selatan, iaitu Naver.
Buat masa ini, ia dikatakan perbincangan masih berlaku antara kedua-dua syarikat, dan mereka dijangka akan membentuk syarikat usahasama yang mengusahakan kedua-dua Yahoo! Japan dan Line sebagai subsidiari.