Microsoft hari ini telah mengumumkan penawaran kemaskini terbaru untuk sistem operasi Windows 10 mereka, iaitu Windows 10 November 2019 Update. Buat masa ini, ia ditawarkan melalui Windows Update sebelum mula ditawarkan secara kemaskini automatik.
Kemaskini baru ini menawarkan beberapa pembaharuan bersama dengannya, termasuk kemudahan untuk membuat temujanji di Calendar terus pada Taskbar, pengurusan notifikasi yang lebih baik, integrasi fail OneDrive di File Explorer, dan sejumlah ciri baru lain.
Bagi anda yang menggunakan Windows 10, boleh ke tetapan Windows Update (Settings > Update & Security > Windows Update) dan memulakan proses kemaskini hari ini.