Google Map Kini Boleh Menyebut Nama Tempat Dalam Pelbagai Bahasa Bagi Memudahkan Navigasi Di Luar Negara
Artikel Berkaitan

Google Map Kini Boleh Menyebut Nama Tempat Dalam Pelbagai Bahasa Bagi Memudahkan Navigasi Di Luar Negara

Diterbitkan pada November 14, 2019 oleh .

Dua tahun yang lalu kami ke Jepun atas jemputan Google bagi menguji kemampuan Maps, Translate dan Trips di negara tersebut. Jepun dipilih kerana Tokyo akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020 dan penggunaan aplikasi akan memudahkan pelawat yang tidak tahu berbahasa Jepun. Satu masalah yang kami hadapi ialah tidak tahu cara menyebut nama lokasi dalam bahasa tempatan. Masalah ini akhirnya diselesaikan dengan ciri terbaru yang yang diperkenalkan hari ini.

Sokongan menyebut nama lokasi yang ingin dituju dalam pelbagai bahasa akhirnya disokong dengan integrasi Google Translate. Nama-nama  lokasi dalam bahasa tempatan boleh disebut dalam bentuk audio terus dari dalam Maps. Ini amat membantu apabila cuba melakukan navigasi dengan bantuan penduduk tempatan. Integrasi Translate juga membolehkan aplikasi tersebut dibuka terus dari Maps.

Ciri ini akan diaktifkan di dalam Maps bulan ini pada aplikasi Android dan iOS. Pada awalnya hanya 50 bahasa akan disokong dan ini akan ditambah dari masa ke semasa.


TIPS & ULASAN