Cari @ Amanz

Untuk mendapatkan pengalaman permainan video yang lancar, monitor yang menyokong kadar segar semula yang tinggi adalah amat disarankan. Bagi memenuhi keperluan pengguna yang menghabiskan banyak masa di dalam dunia permainan video, monitor BenQ EX2780Q kini mula ditawarkan di Malaysia.

BenQ EX2780Q ialah monitor bersaiz 27″ IPS LCD beresolusi WQHD dan bernisbah 16:9. Kadar segar semula ialah 144Hz lengkap dengan sokongan AMD FreeSync. Selain ia juga menyokong paparan HDRi dengan keterangan maksimum 350 nits. Sepasang pembesar suara 2.1 treVolo melengkapi spesifikasi monitor ini. Dua pembesar suara 2W pada bahagian hadapan dipadankan dengan subwoofer 5W pada bahagian belakang.

Ia turut hadir dengan empat input, 2-HDMI, 1 DP dan satu USB-C. Untuk mengawal suara, tombol berputar diletakkan pada bahagian bawah bagi memudahkan pelarasan kelantangan audio. Sebuah alat kawalan juah disertakan dengan setiap pembelian. Di Malaysia BenQ EX2780Q  ditawarkan pada harga RM1799.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd