Cari @ Amanz

Motorola Razr ialah peranti legenda yang menjadi idaman ramai di awal milenium dahulu. Rekaan clamshell yang digunakan dalah amat seksi sehingga menjadi status kekayaan seperti iPhone sekarang. Ikon dunia peranti mudah alih kini dilahirkan semula sebagai sebuah telefon pintar Android dengan skrin yang boleh dilipat.

Motorola Razr dilengkapi dua skrin. Skrin 6.2″ pOLED boleh lipat dengan resolusi HD dan bernisbah 21:9. Skrin sekunder pada bahagian luar pula sebesar 2.7″ OLED bernisbah 4:3. Ini dipadankan pula dengan pemproses Snapdragon 710, memori sebesar 6GB dan storan sebesar 128GB.

Kamera utama adalah sebesar 16-Negapixel f/1.7 dengan pemfokusan laser manakala kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel f/2.0. Saiz bateri pula adalah sebesar 2510 mAh dengan sokongan pengecasan 15W TurboPower.

Walaupun ia adalah peranti dengan skrin yang boleh dilipat, ia masih mempunyai tahap ketahanan kalis percikan air. Ini berbeza dengan Galaxy Fold yang langsung tidak mempunyai sebarang ketahanan kalis air. Satu lagi perbezaan ialah tiada garisan lipatan dapat dilihat pada skrin.

Peranti ini walau bagaimanapun masih menggunakan Android 9 Pie tetapi tanpa menggunakan pelancar Android asli. Di Amerika Syarikat Motorola Razr dijual pada harga $1499 (~RM6233) sebuah bermula Disember. Harga jualan ini adalah amat tinggi bagi sebuah peranti kelas pertengahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd