Kebanyakan peranti Android, anda boleh membuat sandaran data aplikasi, sejarah panggilan telefon, kenalan, tetapan peranti, gambar dan video dan juga SMS ke Google Drive melalui tetapan sistem peranti. Kesemua data ini akan disandarkan ke Google Drive secara automatik atau pengguna boleh sahaja membuat secara manual.
Tetapi, kini ada isu yang semua data ini tidak akan disandarkan ke Google Drive dan ia akan berhenti menyandarkan fail-fail anda secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran atau notifikasi. Menurut sumber masalah ini telah berlarutan sehingga sembilan bulan dan sehingga hari ini, Google masih tidak membaikinya. Isu ini berlaku kepada hampir semua peranti Android, tidak kira Android Pie atau Android 10 atau juga apa-apa jenama peranti.
Ada yang melaporkan yang isu ini berlaku kerana terdapat pin/kata laluan atau sekuriti ditetapkan kepada peranti untuk kunci skrin dan ia akan menyulitkan data-data pengguna. Jalan penyelesaian sementara adalah untuk membuang segala tetapan sekuriti. Tetapi, itu tidak masuk akan dan ada yang menyatakan hanya beberapa kod melalui adb sudah memadai.
Buat masa ini, cara lain yang anda boleh lakukan adalah membuat sandaran manual. Seperti tekan Backup Now, atau gunakan sahaja aplikasi sandaran terbina yang disediakan oleh jenama peranti anda.