Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan komputer riba ASUS ZenBook Duo dan ZenBook Pro Duo yang diumumkan untuk pasaran tempatan hari ini, ASUS Malaysia dilihat bakal membawa masuk satu lagi siri komputer riba untuk pasaran tempatan.

Komputer riba tersebut ialah ASUS ZenBook Edition 30 yang juga diperkenalkan sewaktu acara Computex Taipei pada tengah tahun ini. Ia adalah sebuah komputer riba ASUS ZenBook 13 dengan rekaan luaran yang boleh dikatakan lain daripada yang lain.

Rangka luaran komputer riba ZenBook Edition 30 ini dilitupi permukaan kulit berwarna putih dengan sulaman emas, dan juga logo ulangtahun ke-30 ASUS yang disaluti emas.

Dari segi spesifikasi dalaman, ia hadir dengan pilihan CPU Intel Core i5-8265U ataupun Intel Core i7-8565U, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD PCIe sebanyak 512GB dan 1TB bergantung kepada pilihan CPU. Ia juga dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce MX250.

ASUS ZenBook Edition 30 ini juga dilengkapi dengan ciri ScreenPad 2.0 di bahagian pad sesentuhnya, dan boleh digunakan sebagai skrin kedua komputer riba ini, disamping beberapa ciri-ciri lain yang agak menarik.

Setiap unit ASUS ZenBook Edition 30 yang dijual ini akan hadir dengan aksesori-aksesori tambahan, seperti kotak yang diperbuat daripada kulit, beg menyimpan komputer riba, tetikus nirwayar dan pad tetikus.

Komputer riba ASUS ZenBook Edition 30 ini dijual pada harga berikut di kedai-kedai pengedar ASUS sekarang:

  • ASUS ZenBook Edition 30 (Intel Core i5) – RM5199
  • ASUS ZenBook Edition 30 (Intel Core i7) – RM5999
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd