Cari @ Amanz

Beberapa bulan yang lalu, pihak Microsoft telah mengumumkan kehadiran beberapa peranti komputer Microsoft yang baru, diantaranya termasuklah Microsoft Surface Pro 7 dan juga Microsoft Surface Laptop 3.

Microsoft Malaysia telah mengumumkan bahawa pra-tempah untuk kedua-dua peranti ini telah dibuka hari ini, dan akan mula dijual pada 8 Disember kelak.

Bermula dengan Surface Pro 7, tablet 12.3 inci ini yang menggunakan paparan PixelSense ini dikuasakan oleh pilihan CPU Intel generasi kesepuluh (sehingga Intel Core i7-1065G7) yang menjanjikan prestasi 2.3 kali ganda lebih berkuasa daripada peranti Surface Pro generasi sebelum ini, memori DDR4 sebanyak 16GB dan storan SSD PCIe sebesar 512GB.

Dengan bateri yang dikatakan mampu bertahan selama 10.5 jam, Microsoft Surface Pro 7 ini adalah peranti yang cukup sesuai sekali jika anda sering melakukan tugasan-tugasan syarikat diluar pejabat.

Komputer riba Surface Laptop 3 pula hadir dengan dua pilihan saiz paparan, termasuklah yang bersaiz 13.5 inci dan juga 15 inci. Sama dengan Surface Pro 7, komputer riba ini juga menggunakan panel PixelSense untuk paparannya, pada resolusi yang sangat tinggi.

Dari segi spesifikasi dalaman, ia juga dilengkapi dengan CPU Intel generasi kesepuluh (sehingga Intel Core i7-1065G7), memori DDR4 sehingga 16GB dan storan SSD PCIe sehingga 256GB.

Pra-tempah untuk peranti-peranti ini boleh dibuat di kedai-kedai pengedar peranti Microsoft seperti All-IT Hypermarket, Harvey Norman, ThunderMatch, dan juga kedai-kedai atas talian Microsoft di Lazada dan Shopee.

Tanda-tanda harga untuk peranti-peranti ini adalah seperti berikut:

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd