Cari @ Amanz

Apabila Microsoft memperkenalkan peranti-peranti Microsoft Surface Pro dan Laptop terbaru pada bulan Oktober lalu, mereka turut memperkenalkan sebuah lagi tablet Surface yang dinamakan Microsoft Surface Pro X.

Ia hadir dengan rekaan yang sama seperti tablet Microsoft Surface Pro, tetapi mempunyai spesifikasi yang agak berbeza. Menguasakannya ialah sebuah cip pemprosesan ARM yang dinamakan Surface SQ1 yang dibangunkan oleh Microsoft dengan kerjasama Qualcomm.

Surface ProX hadir dengan skrin 13 inci, menawarkan rekaan dua-dalam-satu yang membolehkan ia digunakan sebagai tablet atau komputer. Microsoft juga mengatakan ia menawarkan rekaan yang nipis dan ringan, selain turut dilengkapi sokongan USB-C dan integrasi sokongan LTE.

Melalui laman web Microsoft Malaysia, mereka memperlihatkan rekaan Surface Pro X ini, dengan teks “Coming Soon”, atau Akan Datang. Buat masa ini, pihak Microsoft Malaysia masih belum mengesahkan bilakan mereka akan memulakan jualan untuk peranti ini. Kami akan cuba untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak Microsoft Malaysia mengenai perkara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd