Cari @ Amanz

Sejak mengalami masalah kewangan sejak lima tahun kebelakangan ini, HTC mula menumpukan perhatian kepada perniagaan peranti realiti maya Vive, peranti rantaian blok dan peranti kelas pertengahan. Semalam mereka melancarkan peranti terbaru mereka iaitu HTC 19s.

Peranti dilengkapi skrin 6,2″ IPD LCD HD+, cip MediaTek Helio P22, memori sebesar 3GB RAM, storan sebesar 32GB, kamera swafoto 16-Megapixel, kamera utama 13+5+5 Megapixel dan bateri sebesar 3850 mAh yang sekadar menyokong pengecasan 10W,

Pada bahagian belakang terdapat pula pengimbas cap jari fizikal sementara skrin pula hadir dengan takuk kamera bersaiz kecil. Peranti ini masih menggunakan Android 9 Pie. Di Taiwan HTC 19s dijual pada harga TWD5990 (~RM814) dalam warna Free Blue dan Yashi Black.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd