Cari @ Amanz

Instagram sebelum ini telah mula menyembunyikan paparan Like pada gambar dan video yang dikongsikan pada platform mereka – tetapi terhad di beberapa buah negara sahaja.

Menariknya, kini ujian berkenaan dilihat dikembangkan pada peringkat global. Ia dikatakan ujian ini melibatkan sejumlah kecil pengguna dari negara-negara seluruh dunia.

Dengan kaedah ini, ia dijangka akan membuatkan pengguna lebih terbuka berkongsi apa sahaja – tanpa risau akan berkenaan dengan angka Like yang diterima mereka. Bagi pengguna yang melakukan perkongsian, mereka masih boleh melihat siapa yang Like melalui panel khas untuk mereka – tetapi ia tidak dipaparkan untuk tontonan umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd