Vivo S5 Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 712 Dan Bonjol Kamera Empat Segi

Vivo S5 Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 712 Dan Bonjol Kamera Empat Segi

Diterbitkan pada November 15, 2019 oleh .

Telefon pintar Vivo S5 telah dilancarkan di China semalam dan mengikut trend terkini pasaran turut hadir dengan rekaan bonjol kamera berbentuk empat segi.  Ia dilengkapi skrin 6.44″ AMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 712, memori sebesar 8GB RAM dan storan sehingga 256GB,

Kamera hadapan sebesar 32-Megapixel yang diletakkan dalam lubang skrin. Kamera belakang pula ialah 48-Megapixel pada lensa utama, 8-Megapixel lensa ultra lebar, 5-Megapixel mengesan kedalaman dan 2-Megapixel lensa makro. Bateri yang disertakan pula berkapasiti 4100 mAh hadir dengan pengecasan pantas 22.5W.

Pengimbas cap jari optikal diletakkan pada bahagian bawah skrin. Menurut Vivo kamera utama peranti mempunyai kecerdasan buatan yang boleh memberikan 144 saranan kepada pengguna untuk mengambil gambar yang lebih baik.

Di China Vivo S5 dijual pada harga bermula RMB 2698 (~RM1594) sebuah dalam warna Star Black, Icelandic Blue dan Phantom Blue.


TIPS & ULASAN