Cari @ Amanz

Pada penghujung Mac yang lalu, Apple News+ dilancarkan sebagai perkhidmatan langganan berita dan majalah setempat, Dengan hanya satu bayaran langganan, pengguna boleh mengakses lebih 300 kandungan berbayar seperti New York Times, The Wall Street Journal. Rolling Stones dan banyak lagi. Kini menurut laporan CNBC, Apple News+ menghadapi masalah menambah jumlah pelanggan.

Apple News+Pada awalnya Apple News+ berjaya mendapatkan 200,000 langganan dalam masa 48 jam tetapi angka ini tidak banyak meningkat sejak itu. Jumlah pendapatan juga lebih rendah dari yang dijangka iaitu sekitar $30,000 sebulan. Sungguhpun keuntungan dari langganan tidak tinggi, ada penerbit mengatakan angka pengiklanan mereka meningkat selepas kandungan ditawarkan di Apple News+.

Sehingga kini Apple News+ masih belum ditawarkan di Malaysia. Sekiranya ianya boleh dilanggan adakah anda masih berminat?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd