Cari @ Amanz

Google Pixel adalah peranti mercu tersendiri dari Google, yang mana menggantikan siri Peranti Nexus. Ia pertama kalinya dilancarkan pada tahun 2016 dan kini tahun 2019 Google telah hadir dengan generasi keempat, Pixel 4.

Peranti Pixel ini terkenal dengan pengalaman penggunaan Android asli yang terbaik dan kemampuan kamera yang dahsyat walaupun hanya satu atau dua lensa kamera sahaja. Google Pixel juga terkenal dengan pelbagai masalah yang kerap berlaku, yang kadang-kala Google langsung tidak beri kemaskini bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

Terkini, Pixel 3 dan Pixel 3 XL dilapirkan menghadapi masalah mati dengan sendiri apabila kapasiti bateri berada pada tahap 20%-30%. Bukan itu sahaja, ketahanan bateri juga dikatakan adalah teruk dan mudah habis walaupun peranti tidak digunakan. Jalan penyelesaian yang Google beri adalah format peranti ke tetapan kilang atau gunakan peranti dalam mod selamat.

Ada juga pengguna yang terus menuntut jaminan, dan apabila peranti baru diterima masalah yang sama turut berlaku. Isu ini pernah berlaku pada Nexus 6P dan Google turut disaman kerana tidak menyelesaikan masalah ini. Ada kemungkinan besar, Google tidak akan mengulangi silap yang sama dan akan memberi jalan penyelesaian yang lebih baik. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd