Kecerdasan Buatan Sea-Thru Membuang Air Dari Gambar Yang Diambil Di Bawah Permukaan Laut

Kecerdasan Buatan Sea-Thru Membuang Air Dari Gambar Yang Diambil Di Bawah Permukaan Laut

Diterbitkan pada November 15, 2019 oleh .

Apabila gambar di ambil di bawah permukaan air, ia biasanya akan mempunyai warna hijau kebiruan. Ini adalah amat mengecewakan kerana warna karang dan haiwan lautan bewarna-warna tidak kelihatan di dalam gambar, Bagi Derya Akkaynak yang merupakan ahli ilmu alam laut dan jurutera, imej yang tidak menggambarkan keadaan sebenar mendatangkan masalah.

Oleh itu beliau bekerjasama dengan seorang penasihat dari University of Haifa telah membangunkan Sea-Thru yang membuang lapisan air dari gambar yang diambil di bawah permukaan laut. Alogritma yang dihasilkan dari kecerdasan buatan ini dengan pantas menghasilkan gambar yang jelas lengkap dengan warna sebenar. Satu kekurangan Se-Thru ialah ia memerlukan beberapa gambar objek dari jarak berbeza untuk melakukan perkiraan yang tepat untuk menghasilkan gambar dengan warna yang tepat.

 


TIPS & ULASAN