Minggu lalu pepijat pada aplikasi Facebook versi iOS ditemui di mana kamera didapati aktif ketika pengguna sedang menatal susur masa. Akibatnya timbul kerisauan aktiviti mereka boleh diintip tanpa kebenaran. Bagi pengguna iOS, aplikasi Facebook telahpun dikemaskini bagi menampal pepijat ini.
Sebelum ini pengguna perlu menarik semula kebenaran yang diberikan kepada aplikasi untuk mengakses kamera. Masalah ini dilaporkan hanya berlaku selepas kemas kini ke 13.2. Ia juga tidak dilaporkan pada peranti yang masih menggunakan iOS 12 dan juga pada kesemua peranti Android.