Cari @ Amanz

Akhir-akhir ini, pelbagai laporan berkaitan kesihatan dan bahaya vape telah dikongsikan – termasuk berkaitan beberapa kes di beberapa buah negara. Selari dengannya, kini Apple telah membuang semua aplikasi berkaitan dengan vape daripada kedai aplikasi App Store mereka.

Sebelum ini, terdapat sejumlah aplikasi berkaitan vape di App Store – termasuk yang mempromosikan kedai berhampiran, berkongsi perasa, dan sejumlah perkara lain. Apple dilihat mengambil berat, sekaligus mengelak ia membawa masalah yang lebih serius terutamanya dikalangan remaja.

Dengan langkah ini juga, ia secara tidak langsung mengurangkan pendedahan anak muda berkaitan vape, rokok elektronik dan sebagainya melalui App Store.

Buat masa ini, Google masih tidak mengumumkan sebarang perkara yang berkaitan atau selari dengan hal ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd