YouTube Premium Dan YouTube Music Kini Ditawarkan Dalam Bentuk Pakej Pelajar – Harga Bermula RM6.90 Sebulan

YouTube Premium Dan YouTube Music Kini Ditawarkan Dalam Bentuk Pakej Pelajar – Harga Bermula RM6.90 Sebulan

Diterbitkan pada November 16, 2019 oleh .

YouTube baru-baru ini telah memperkenalkan pelan berbayar mereka dinamakan YouTube Premium, selain pada masa yang sama menawarkan juga pakej YouTube Music. Selepas menawarkan pakej biasa sebelum ini, kini pihak YouTube turut telah mula menawarkan pakej khusus untuk pelajar.

Melalui YouTube Premium, ia menawarkan pengalaman menonton YouTube tanpa iklan, sokongan memainkan kandungan secara latar – sekaligus membolehkan anda terus mendengar ketika menggunakan aplikasi lain, kebolehan memuat-turun kandungan, dan juga akses kepada YouTube Music.

Untuk YouTube Music pula, ia menawarkan kemudahan penemuan lagu, album dan sebagainya, sekaligus terus mendengar ia melalui aplikasi khusus untuknya.

YouTube Premium ditawarkan pada harga RM10.90 sebulan untuk para pelajar, sementara yang memerlukan akses kepada muzik sahaja, anda boleh melanggan YouTube Music untuk pelajar pada harga RM6.90 sebulan.

Baca : YouTube Music Premium : Berbaloi Atau Tidak?

Langgan : YouTube Premium Student / YouTube Music Student


TIPS & ULASAN