Ini Adalah Peranti Sony Xperia Yang Akan Menerima Android 10
November 16, 2019
Sony
Aman
Sony boleh dikatakan agak senyap dalam pemasaran mereka pada tahun 2019 ini. Namun, ia tidak melupakan mereka daripada menawarkan kemaskini Android 10 terbaru untuk peranti-peranti mereka.
Melalui perkongsian Sony hari ini, mereka mengatakan yang mana Xperia 1 dan juga Xperia 5 akan menjadi terawal menerima Android 10 – seawal Disember 2019 ini.
Selain daripada itu, peranti-peranti Sony lain yang akan turut menerimanya adalah Xperia 10, Xperia 10 Plus, Xperia XZ2, Xperia XZ2 Compact, Xperia XZ2 Premium dan juga Xperia XZ3.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.