Cari @ Amanz

Tempoh dagangan sementara yang diberikan kepada Huawei untuk berurusan dengan syarikat dari A.S akan berakhir pada 19 November. Ia diberikan pada Ogos lalu dan merupakan tempoh lanjutan kedua selepas Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti Mei yang lalu. Menurut laporan Reuters, tempoh lanjutan akan disambung dua minggu lagi bermula Isnin ini.

Tempoh lanjutan ketiga ini diberikan kerana banyak kelengkapan 3G dan 4G di kawasan luar bandar A.S masih lagi menggunakan kelengkapan Huawei. Sekiranya lanjutan tidak diberikan, mungkin berlaku gangguan rangkaian selular yang menyusahkan pengguna.

Pada waktu ini terdapat lebih 200 permohonan lesen sementara dari syarikat A.S untuk berurusan dengan Huawei. Namun begitu ia masih belum diberikan kerana setiap kes akan diteliti terlebih dahulu. Kemelut yang melanda Huawei ini dijangka hanya akan diselesaikan sekiranya China dan A.S menandatangani perjanjian perdagangan baharu.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd