Cari @ Amanz

Arena perkhidmatan penstriman muzik pada hari ini boleh dikatakan diterajui oleh Spotify dan juga Apple Music. Kini, ByteDance, syarikat disebalik TikTok dilihat tidak ingin ketinggalan, dan dalam perancangan untuk turut menyertai arena sama.

Ia dikatakan pihak ByteDance telah mula berbincang dengan beberapa studio rakaman, termasuk pihak Universal Music, Sony Music dan juga Warner Music.

Perkhidmatan penstriman muzik daripada ByteDance dijangka akan memfokuskan kepada negara-negara membangun seperti India, dan Indonesia – sebelum diperluaskan ke pasaran lain. Pihak ByteDance turut dijangka mengintegrasikan sejumlah video klip pendek melalui aplikasi berkenaan – selain menawarkan ia pada harga lebih rendah berbanding perkhidmatan penstriman Spotify dan Apple Music.

Buat masa ini, mereka masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan penawaran perkhidmatan penstriman muzik ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd