Carian
AirAsia.com Kini Membolehkan Carian Penerbangan Daripada Syarikat Lain
November 18, 2019 Aman

AirAsia sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka ingin menjadi hab setempat untuk memudahkan pengguna membuat tempahan dan pengurusan percutian mereka. Kini, selari dengannya, laman AirAsia.com telah mula mengintegrasikan sokongan carian penerbangan daripada syarikat-syarikat penerbangan yang lain.

AirAsia Kiwi

AirAsia.com menjayakan perkara ini hasil kerjasama dengan pihak Kiwi.com. Dengannya, pengguna boleh membuat carian untuk pelbagai lokasi menarik seluruh dunia, termasuk seperti London, Dubai dan sebagainya.

Untuk memulakan carian menggunakan enjin baru ini, pengguna hanya perlu memilih pilihan carian di AirAsia.com untuk destinasi daripada “Kuala Lumpur – KLIA (KUL)”, dan akan menerima akses kepada syarikat-syarikat penerbangan lain, sementara penerbangan daripada KLIA2 pula adalah daripada AirAsia sendiri.

Bagi anda yang sering mencuba perkhidmatan seperti SkyScanner, Google Flight dan sebagainya, mungkin boleh turut mencuba carian di AirAsia.com hari ini.

Komen