Cari @ Amanz

TikTok merupakan salah satu perkhidmatan sosial yang semakin popular dari hari ke hari – terutamanya dikalangan pengguna remaja. Melalui aplikasi berkenaan, ia membolehkan pengguna hadir dengan kandungan video ringas yang kreatif dan menarik – sebelum ia dikongsikan bersama pengguna yang lain.

Terbaru, melalui pemantauan data daripada Sensor Tower, ia dilihat TikTok telah dimuat-turun melangkaui 1.5 bilion kali di Android dan juga iOS.

Aplikasi ini dilihat sangat popular disejumlah negara, terutamanya di India yang membawa kepada sumbangan angka muat-turun yang tinggi.

Di Malaysia sendiri, TikTok telah mula melakukan beberapa promosi dan acara khas dalam meramaikan angka pengguna tempatan mereka.

Bagi anda sendiri, adakah anda pengguna aktif TikTok?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd