Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini telah sedia hadir dengan penawaran peranti edisi terhad bersempena sesuatu filem dan sebagainya. Perkara berkenaan diteruskan pada tahun ini, dimana kini Samsung telah pun mengumumkan sebuah Galaxy Note10+ edisi khas bertemakan Star Wars.

Galaxy Note 10+ Star Wars

Samsung Galaxy Note10+ ini hadir dengan rekaan khusus dengan S-Pen berwarna merah seumpama lightsaber. Selain daripada hanya telefon, ia turut menyertakan Galaxy Buds bertemakan Star Wars.

Samsung turut menyertakan sejumlah kandungan khusus – termasuk penawaran gambar latar, ikon, bunyi dan animasi.

Samsung akan memasarkan Galaxy Note10+ edisi terhad ini dibeberapa buah negara. Ia tidak diketahui lagi sama ada ia akan turut dipasarkan di Malaysia atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd