Carian
Spesifikasi Huawei Nova 6 Tertiris – Sokongan 5G Dan Cip Kirin 990
November 19, 2019 Effi Saharudin

Peranti Nova dilancarkan oleh Huawei sejak tiga tahun yang bagi menawarkan peranti yang lebih mampu milik kepada pengguna. Strategi Huawei adalah agak aneh memandangkan segmen peranti mampu milik ini sepatutnya diberikan kepada Honor. Hari ini spesifikasi Nova 6 pula telah tertiris dan ia turut akan mempunyai sokongan rangkaian 5G di China.

Huawei Nova 6Spesifikasi lain yang telah diketahui ialah skrin 6.44″ FHD+ IPS LCD, cip Kirin 990., memori sehingga 12GB, storan sehingga 25GB. kamera utama 60+16+2+2 MP dan bateri sebesar 4000 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas 40W. Peranti turut hadir dengan kamera hadapan di dalam lubang berbentuk bujur yang dipopularkan oleh Galaxy S10+.

Komen