Cari @ Amanz

Kecerdasan buatan boleh digunakan untuk menyaring sampel sel yang mengandungi sel kanser dan juga menghasilkan video yang dimanipulasi. Secara lazimnya kecerdasan buatan dilihat sebagai perisian yang akan menyebabkan manusia kehilangan kerja. DeepMind yang dibangunkan untuk belajar bermain StarCraft II sehingga mencapai tahap Grandmaster kini digunakan untuk memberikan saranan aplikasi di Google Play Store.

DeepMind akan melihat aplikasi yang pernah dimuat turun oleh pengguna. Berdasarkan aplikasi ini, saranan aplikasi yang lebih tepat kepada pengguna berbanding sistem saranan yang digunakan dahulu. Sebagai contoh ia mungkin mengesan pengguna memuat turun aplikasi untuk percutian, sistem terdahulu akan menyarankan aplikasi percutian yang lain. Dengan penggunaan DeepMind, aplikasi alih bahasa seperti Translate akan disarankan kerana dilihat lebih relevan kepada pengguna.

Dengan berbilion data pengguna, DeepMind juga akan dapat dilatih untuk menjadi semakin pintar. Siapa sangka bermula dari bermain permainan arked klasik kemudian Go dan Starcraft II, DeepMind kini digunakan untuk menyarankan aplikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd