Acer Swift 5 Dijana CPU Intel Generasi Kesepuluh Kini Di Pasaran Malaysia – Bermula Dari RM3699

Acer Swift 5 Dijana CPU Intel Generasi Kesepuluh Kini Di Pasaran Malaysia – Bermula Dari RM3699

Diterbitkan pada November 19, 2019 oleh .

Bagi mereka yang sedang mencari sebuah komputer riba yang padat, ringan dan cukup berkuasa untuk menjalankan tugas-tugas harian di pejabat, Acer Malaysia baru sahaja membawa masuk komputer riba Acer Swift 5 yang dikemaskini dengan siri CPU Intel yang terbaru.

Sama seperti model Swift 5 sebelum ini, ia hadir dengan paparan berbingkai nipis bersaiz 14 inci, menggunakan panel IPS dengan kebolehan sesentuh pada resolusi Full HD.

Dari segi spesifikasi dalaman, komputer riba ini dijana oleh pilihan CPU Intel generasi kesepuluh Ice Lake, termasuklah Intel Core i5-1035G1 ataupun Intel Core i7-1065G7, memori DDR4 sehingga 16GB dan storan dalaman SSD PCIe sebesar 512GB.

Dari segi grafik, pengguna mempunyai pilihan untuk membeli model yang dilengkapi dengan cip grafik Intel Iris Plus ataupun NVIDIA GeForce MX250.

Pada berat 0.99kg sahaja, Acer Swift 5 ini boleh dikatakan diantara komputer riba yang palling ringan oleh mereka. Walaupun begitu, ia masih dilengkapi dengan sokongan untuk Thunderbolt 3 dan Windows Hello untuk kadar penghantaran data yang pantas dan juga cara melog masuk komputer riba yang selamat.

Acer Swift 5 dengan spesifikasi terbaru ini sudahpun memasuki pasaran tempatan bermula hari ini melalui tiga model berikut:

  • Acer Swift 5 (Intel Core i5, 8GB RAM, Intel Iris Plus) – RM3699
  • Acer Swift 5 (Intel Core i5, 8GB RAM, NVIDIA MX250) – RM3999
  • Acer Swift 5 (Intel Core i7, 16GB RAM, Intel Iris Plus) – RM4699


TIPS & ULASAN