Masalah Tinja Melekat Pada Mangkuk Tandas Diselesaikan Dengan Lapisan Permukaan Adilicin Ini

Masalah Tinja Melekat Pada Mangkuk Tandas Diselesaikan Dengan Lapisan Permukaan Adilicin Ini

Diterbitkan pada November 19, 2019 oleh .

Tahun lalu Pusat Penyelidikan Bersama Suruhanjaya Eropah meramalkan air akan menjadi penyebab berlakunya peperangan di antara negara. Faktor perubahan iklim menyebabkan air menjadi komoditi yang lebih penting berbanding minyak. Kita tidak perlu melihat gajah di seberang laut kerana kuman di depa mata ialah isu pembelian air yang menegangkan hubungan di antara Malaysia dan Singapura. Oleh itu pengurasan air yang lebih bijak perlu dilakukan bagi mengoptimasikan penggunaannya.

Saintis di Pennsylvania State University telah membangunkan lapisan yang diberi nama liquid-entrenched smooth surface (LESS). Apabila ia digunakan pada permukaan mangkuk tandas, penggunaan air dapat dikurangkan sehingga 50%, Secara purata rakyat Amerika Syarikat menggunakan 6 liter air sehari untuk mengepam tandas. Jumlah penggunaan air meningkat apabila pengepaman berkali-kali dilakukan kerana tinja yang degil melekat pada permukaan porselin tandas.

LESS terdiri daripada lapisan polimer yang berbulu berdiameter satu per sejuta ketebalan rambut manusia. Ia kemudian disadur pula dengan pelincir khas yang membuatkan permukaan mangkuk tandas menjadi amat licin sehingga menyukarkan sebarang kotoran dari melekat. Pemasangan LESS hanya mengambil masa 5 minit dan ia bertahan sehingga 500 kali pengepaman tandas.


TIPS & ULASAN